Kata Aluan Pengetua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah , sejambak kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi Rabbul Jalil yang telah menganugerahkan nikmat Islam dan iman yang tidak ternilai harganya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sayyidul anbiya` wal mursalin, para sahabat baginda serta seluruh pendokong agama ALLAH di bumi barakah ini.
Salam sejahtera pembuka bicara, moga-moga jutaan magrifah dan rahmat Rabbul Izzati melimpahi segenap ruang perjalanan dan perjuangan kita agar tertegaknya kalimah agung dan suci “Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah”.
Ingin saya mengajak warga Maktab Mahmud Kulim sekalian merenung dan berfikir seketika akan kalam mutiara bekas presiden Indonesia Sukarno “ berilah aku seorang permuda, nescaya aku menggoncang dunia. Tetapi jika aku diberi seribu orang tua nescaya tewaslah aku”. Demikanlah ungkapan seorang ternama Indonesia sekali gus memberi pengiktirafan terhadap golongan muda.
Pemuda dan pemudi, putera dan puteri khasnya anak-anak pelajar Maktab Mahmud Kulim merupakan pelapis dan tulang belakang untuk meneruskan kepimpinan negara.
Akhir kalam, ariflah bahawa untuk mendapat kecemerlangan dan kejayaan kehidupan seseorang insan sebenarnya bermula dari kesusahan suatu ketika dahulu.
Sekian, wassalam.
Ustaz Thalal bin Mustaffa
Pengetua Maktab Mahmud Kulim