Piagam Pelanggan
KAMI STAF MAKTAB MAHMUD KULIM DENGAN IKHLAS HATI, ILTIZAM DAN PENUH KESUNGGUHAN BERIKRAR AKAN MENGEMBANGKAN SELURUH TENAGA DAN FIKIRAN UNTUK:
- Mendidik dan membimbing pelajar-pelajar Islam agar menjadi insan yang mempunyai akhlak mulai dan sifat-sifat terpuji selaras dengan falsafah Maktab Mahmud.
- Meningkatkan kemahiran, keterampilan dan keiltizaman pelajar-pelajar bagi menjamin peningkatan mutu pembelajaran.
- Memastikan penyediaan jadual waktu dan pengagihan tugas-tugas guru disiapkan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
- Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam minggu pertama sesi persekolahan dan dilaksanakan.
- Memberi khidmat pengajaran dan kepakaran dalam bidang pengajian dan pendidikan Islam kepada pelanggan.
- Memberi khidmat mesra, ihklas dan berkualiti kepada semua pelanggan setiap masa selaras dengan etika perkhidmatan cemerlang.
- Menepati masa dalam melaksanakan semua tugas agar pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik.
- Mengamalkan kerjasama dan permuafakatan bagi meningkatkan mutu produktiviti untuk semua pelanggan.
- Memastikan semua ujian/peperiksaan sekolah dilaksanakan tanpa kebocoran dan keputusan diserahkan kepada pelajar/waris dalam tempoh tiga minggu selepas tamat ujian/peperiksaan.
- Memastikan sekolah peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan memberi layanan dan perkhidmatan kaunter dengan kadar segera.
- Memelihara reputasi markah, bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang diberi oleh semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan perkhidmatan serta kecemerlangan sekolah setiap masa.
- Meningkatkan martabat dan kegemilangan sekolah ini agar menjadi sebuah institusi pendidikan terbaik di Malaysia